Haaland sertai Dortmund untuk saingan musim depan. FOTO REUTERS
Haaland sertai Dortmund untuk saingan musim depan. FOTO REUTERS
AFP

BORUSSIA Dortmund menandatangani penjaring gol sensasi remaja Erling Braut Haaland dari RB Salzburg, menurut kelab Bundesliga Jerman itu, malam tadi.

Dalam kenyataan, Dortmund mendedahkan pemain pemain berusia 19 tahun itu yang meledak lapan kali pada peringkat saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini menandatangani kontrak sehingga 2024 tetapi yuran perpindahan tidak dinyatakan.

Haaland menarik perhatian kelab sekitar Eropah selepas menjaringkan 28 gol dalam 22 perlawanan semua pertandingan dalam kempen setakat ini dengan jurulatih RB Leipzig Julian Nagelsmann mengakui mereka cuba untuk mendapatkan tandatangan pemain Norway itu.

“Sejak awal saya memiliki perasaan mahu berhijrah menyertai kelab ini, menuju haluan ini,” kata Haaland.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Disember 2019 @ 12:28 AM
Kabinet Malaysia 2020