Aksi calon import baharu Melaka (kiri) Amido Blade masih tidak memuaskan pengurusan Melaka. FOTO Nazri Abu Bakar
Aksi calon import baharu Melaka (kiri) Amido Blade masih tidak memuaskan pengurusan Melaka. FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar


JURULATIH Melaka United (MU), Zainal Abidin Hassan melihat kecergasan pemainnya masih belum memuaskan berikutan baharu kira-kira dua minggu menjalani latihan.

Biarpun mencatat kemenangan besar 7-1 ke atas kelab tempatan Rizq FC dalam perlawanan persahabatan Sabtu lalu namun Zainal melihat tahap kecergasan pemain belum berada pada tahap terbaik tambahan selepas rehat panjang sebelum ini.

Katanya, faktor berkenaan diyakini bertambah baik dalam tempoh terdekat termasuk ketika mengharungi beberapa perlawanan ujian selepas ini.

Zainal berkata, kawalan bola dan pergerakan pemain dengan corak yang diterapkan semakin difahami anak buahnya terutama dalam kalangan pemain muda yang baru menyertai skuad Hang Tuah itu.

“Apapun dengan adanya Curran Singh dan Jang Suk Won serta kehadiran Uche Agba dijangka barisan pasukan kali ini lebih mantap berbanding musim lalu.

“Apa yang pasti mereka perlu segera meningkatkan kecergasan dan persefahaman untuk mengharungi ujian berdepan pasukan Liga Perdana dan Super pada pra musim kali ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 5:34 PM
Digital NSTP Subscribe