SOLSKJAER cari pemain tengah berkualiti. FOTO Agensi
Agensi

OLE Gunnar Solskjaer memberi bayangan Manchester United berhasrat menandatangani satu atau dua pemain baharu pada Januari ini.

United tewas 0-2 kepada Arsenal semalam menyebabkan mereka berkedudukan tangga kelima dan lima mata di belakang pasukan di tempat keempat, Chelsea.

Bahagian tengah menjadi fokus utama di United selepas Paul Pogba yang mengalami kecederaan buku lali dan Scott McTominay (lutut) dijangka diketepikan beberapa minggu.

Bagaimanapun, Solskjaer berkata mereka enggan terburu-buru dan hanya pemain yang tepat dan benar-benar berkualiti akan ditandatangani.

"Anda lihat skuad ini dan kadang-kadang anda fikir satu atau dua pemain sudah cukup kerana kami memandang ke hadapan tetapi sebarang keputusan perlu betul,” katanya.

"Kami mencari seorang atau dua pemain."

United kembali beraksi Sabtu ini menentang Wolves pada aksi pusingan ketiga Piala FA.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 January 2020 @ 9:16 PM