AUBAMEYANG (dua kanan) bersaing dengan pemain Manchester United, Fred (kiri) di Stadium Emirates, kelmarinn. — FOTO AFP
AUBAMEYANG (dua kanan) bersaing dengan pemain Manchester United, Fred (kiri) di Stadium Emirates, kelmarinn. — FOTO AFP
AFP

BINTANG serangan Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang akan kekal bersama kelab itu di sebalik spekulasi dia mahu berpindah, menurut pengurus Gunners, Mikel Arteta.

Pemain kebangsaan Gabon berusia 30 tahun itu dilaporkan enggan komited lebih lama daripada 18 bulan baki kontraknya di Emirates kerana kesukaran Arsenal untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.

Arsenal ketinggalan sembilan mata di belakang pasukan tangga keempat Chelsea selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris kelmarin.

Aubameyang – yang menjadi kapten Arsenal ketika kemenangan mengagumkan 2-0 ke atas Manchester United kelmarin – memberitahu stesen televisyen Perancis, RMC dia “100 peratus di sini” tanpa menambah sama ada dia mahu menyambung kontraknya.

AUBAMEYANG dipeluk Arteta selepas mengatasi United. — FOTO Reuters
AUBAMEYANG dipeluk Arteta selepas mengatasi United. — FOTO Reuters

Arteta bagaimanapun menegaskan pada sidang akhbar semalam bekas penyerang Borussia Dortmund itu menjadi kunci utama perancangannya.

“Saya tidak langsung memikirkan sebarang kemungkinan dengan Auba (meninggalkan kelab),” kata Arteta. “Saya mahukan dia di sini.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 11:14 AM