X
Kulusevski (kiri) bersama naib presiden Juventus, Pavel Nedved. FOTO Juventus FC
Kulusevski (kiri) bersama naib presiden Juventus, Pavel Nedved. FOTO Juventus FC
Agensi

JUVENTUS melengkapkan pembelian pemain bernilai £30 juta (RM161j) apabila menandatangani Dejan Kulusevski dari Atalanta.

Dia bagaimanapun akan kembali menjadi pemain pinjaman kepada Parma sehingga penghujung musim.

Yuran terbabit akan dibayar menerusi lima bayaran ansuran boleh meningkat menjadi £7.6j (RM41j) dengan syarat terhadap pembentukan kontrak sehingga 2024.

Kulusevski sekarang adalah pemain dipinjamkan ke Parma dari Atalanta.

Dia membuat 19 penampilan setakat ini musim ini menjaringkan empat gol dan melakukan tujuh bantuan.

Ia sememangnya harga tinggi buat pemain tengah itu biarpun tidak beraksi bersama Juventus musim ini tetapi kelab yakin dengan bakat dimilikinya.

Kulusevski, sasaran Inter Milan dan Manchester United sepanjang musim ini mendapat parhatian selepas pencari bakat tertarik dengan kreatitiviti dan ketenangan dimiliki oleh pemain berusia 19 tahun dari Sweden itu.

Parma kini menghuni tangga ketujuh Serie A dan kini memburu tempat ke saingan Eropah musim depan manakala Juventus memiliki mata sama dengan Inter Milan di tangga teratas manakala Atalanta di tangga kelima.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 4:35 PM
Kabinet Malaysia 2020