PEMAIN tengah Sevilla, Lucas Ocampos meraikan kesilapan Ahtletic Bilbao yang menjaringkan gol sendiri. FOTO AFP
PEMAIN tengah Sevilla, Lucas Ocampos meraikan kesilapan Ahtletic Bilbao yang menjaringkan gol sendiri. FOTO AFP
Reuters

SEVILLA mensia-siakan peluang untuk berkongsi mata dengan Real Madrid di tangga kedua La Liga apabila sekadar seri 1-1 di laman sendiri kepada Athletic Bilbao awal pagi tadi untuk perlawanan pertama mereka selepas rehat musim sejuk selama dua minggu.

Kelab Basque itu mendahului seawal minit ke -15 selepas bemula cemerlang apabila Ander Capa berjaya melakukan rembatan yang melepasi penjaga gol Tomas Vaclik.

Sevilla mendominasi baki separuh masa pertama itu dan dua kali hampir menyamakan kedudukan dengan percubaan Ever Banega terkena palang menerusi sepakan sudut dan Munir El Haddadi menyaksikan percubaannya berjaya dikeluarkan Yeray Alvarez.

Penyerang Belanda Luuk de Jong pula terlepas peluang untuk menjaringkan gol namun pasukannya kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi jaringan ke gawang sendiri pertahanan Athletic Unai Nunez, yang cuba menghalang hantaran Lucas Ocampos namun tertolak ke gawang sendiri.

Sevilla kekal di tangga ketiga dengan 35 mata daripada 19 perlawanan, dua mata di belakang Real Madrid yang akan mengunjungi Getafe malam ini dan empat mata di belakang pendahulu Barcelona yang beraksi di Espanyol.

Athletic di tangga ketujuh dengan 29 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 January 2020 @ 8:38 AM