DAMIAN bersama ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan.
DAMIAN bersama ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan.
Nazri Abu Bakar


PENGURUSAN skuad bola sepak Melaka United sedia berunding dengan bekas pemain yang masih memiliki tunggakan gaji pada musim 2019.

Penolong pengurus Melaka, Syahrul Nizam Shamsuddin berkata, ianya bagi memastikan tiada salah faham berlaku berkaitan usaha penyelesaian tunggakan gaji mereka.

Katanya, tindakan bekas pemain yang memberi kenyataan membidas persatuan termasuk jurulatih berkaitan isu tunggakan amat tidak wajar dan mengundang tanggapan negatif umum.'

“Justeru kami sedia bertemu 14 pemain yang masih memiliki dua bulan tunggakan gaji untuk jalan penyelesaian. Sementara yang lain membabitkan 10 pemain disenaraikan semula musim 2020 namun mereka hanya memiliki satu bulan tunggakan gaji, malah mereka tidak menghadapi tanggapan berbeza berikutan mendapati penjelasan sebenar,' katanya.

Syahrul berkata, dalam memastikan pembelaan kebajikan, cadangan bayaran secara ansuran juga boleh difikirkan jika dipersetujui kedua -dua pihak.

Menurutnya, pengurusan terutama presiden Persatuan Bolasepak Melaka United ( MUSA) Damian Yeo bersikap terbuka menerima kunjungan dan pertemuan dengan bekas pemain bagi sebarang penjelasan dan perbincangan.

Katanya, apapun segala usaha giat dilakukan oleh MUSA untuk memastikan semua hutang berkenaan segera diselesaikan.

Sebelum ini, Damian turut menjelaskan semua hutang akan dibayar dan beliau sendiri tidak lari daripada tanggungjawab berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 January 2020 @ 6:31 PM