PEMAIN tengah Real Madrid Croatia, Luka Modric. FOTO AFP
PEMAIN tengah Real Madrid Croatia, Luka Modric. FOTO AFP
AFP

REAL Madrid bermula cemerlang tahun ini apabila menewaskan Getafe 3-0 dalam aksi La Liga awal pagi tadi.

Rafael Varane menjadi pencetus dua jaringan di Coliseum Alfonso Perez, pertamanya memberi tekanan kepada penjaga gol Getafe David Soria apabila gagal menumbuk bola keluar dan masuk ke gawang sendiri sebelum meledak jaringan hasil hantaran Toni Kroos.

“Saya gembira dengan persembahannya tetapi ia amat penting apabila Sergio Ramos tidak ada di sana, kami mempunyai pemimpin yang lain,” kata jurulatih Real Zinedine Zidane, merujuk kepada ketiadaan Ramos akibat penggantungan.

Luka Modric menambah gol ketiga menghampiri masa kecederaan selepas menerima hantaran cantik Gareth Bale menerusi serangan balas.

Kemenangan itu meletakkan skuad Zidane di puncak liga, berkongsi mata dengan Barcelona yang seri 2-2 dengan Espanyol. Barcelona bagaimanapun mendahului menerusi perbezaan jaringan.

Atletico Madrid naik ke tangga ketiga, lima mata di belakang Real selepas mereka menewaskan Levante 2-1.

Getafe kekal di tangga ketujuh dan terus berusaha memburu tiket ke Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 10:09 AM