Caroline (kiri) dan Serena mara ke suku akhir Auckland Classic. FOTO AFP
Caroline (kiri) dan Serena mara ke suku akhir Auckland Classic. FOTO AFP
Reuters

SERENA Williams dan Caroline Wozniacki berganding bahu beraksi dalam acara beregu untuk kali pertama menewaskan gandingan Jepun, Nao Hibino dan Makoto Ninomiya 6-2 6-4 pada Auckland Classic, hari ini.

Caroline yang akan bersara selepas Terbuka Australia pada hujung bulan ini dengan Serena berkata dia mahu bergandingan dengan pemain Denmark itu sebelum dia menggantung raket.

“Saya perlu beraksi bersamanya sebelum bersara,” kata pemain berusia 38 tahun itu selepas kemenangan mereka selaku bukan pilihan membolehkan mereka mara ke suku akhir dan berkemungkin berdepan pilihan utama, Caroline Dolehide dan Johanna Larsson.

Beregu Jepun terbabit bergelut untuk mengekang pukulan bertenaga Serena pada peringkat awal sebelum dapat mengimbangi permainan pemain veteran Amerika Syarikat itu.

Serena dan Caroline yang kelihatan tenang sepanjang perlawanan sempat bergurau sesama sendiri sebelum memberi tekanan pada set kedua untuk menyudahkan perlawanan dalam 71 minit.

Serena dan Caroline akan memulakan kempen aksi perseorangan mereka di Auckland, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 January 2020 @ 5:52 PM