PEMAIN bersalaman dengan Damian. FOTO Nazri Abu Bakar
PEMAIN bersalaman dengan Damian. FOTO Nazri Abu Bakar
PASUKAN CIMB ceria selepas muncul juara Piala Presiden MUSA di Stadium Hang Tuah.
PASUKAN CIMB ceria selepas muncul juara Piala Presiden MUSA di Stadium Hang Tuah.
Nazri Abu Bakar


ENAM pasukan bersaing sempena Kejohanan Bolasepak CIMB Foundation Young Talent B-17 merebut Piala Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) 2020 di Stadium Hang Tuah, semalam.

Dalam saingan sengit berkenaan, pasukan CIMB Melaka Juniors muncul juara selepas menewaskan Al-Wafa United 1-0 pada perlawanan akhir manakala Alor Gajah FC dan STHAM FC meraih tempat ketiga dan keempat dengan hadiah disampaikan Presiden MUSA, Damian Yeo.

Hadir sama Naib Presiden MUSA, Mohd Ashiq Abd Samad dan Nick Yong Yoon Pin serta Bendahari Kehormat MUSA, Mohamad Rashidi Othman.

PEMAIN bersalaman dengan Damian. FOTO Nazri Abu Bakar
PEMAIN bersalaman dengan Damian. FOTO Nazri Abu Bakar

Pengerusi penganjur, Melvin Tan Ching Yang berkata, kejohanan anjuran CIMB Foundation dengan kerjasama MUSA itu antara usaha melahirkan pemain pelapis dalam kalangan anak negeri Melaka.

Menurutnya, kejohanan juga pentas mengenalpasti pemain terbaik bagi menempatkan diri dalam pasukan remaja Melaka United yang juga salah satu usaha pembangunan skuad Bawah 17 Melaka.

Katanya, sokongan pengurusan pasukan, ibubapa dan peminat bola sepak dalam program berkenaan amat memberangsangkan dalam usaha pencarian pemain berbakat.

Beliau berkata, kemenangan bukan matlamat sebenar penyertaan pasukan sebaliknya lebih kepada pembentukan pemain terbaik buat skuad Melaka pada masa depan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 January 2020 @ 6:19 PM