X
Barisan pemain dan pengurusan Sakato Ex Belia Melaka. FOTO Nazri Abu Bakar
Barisan pemain dan pengurusan Sakato Ex Belia Melaka. FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar


SAKATO Ex Belia Melaka berazam untuk layak bersaing di Liga M3 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pengurusnya, Razli Affandy berkata, dibarisi 80 peratus bekas pemain Piala Presiden dan Piala Belia Melaka United (MU) pasukan itu memiliki kekuatan untuk layak bersaing.

Beliau berkata, fokus utama buat masa ini adalah muncul juara Liga Divisyen Tiga Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) 2020 di bawah kendalian jurulatih Firdaus Abu dan Farhan Abd Latif.

Menurutnya, skuad yang turut dibarisi bekas pemain SAMB FC yang bersaing di Liga M3 juga dilihat mampu menampilkan persembahan yang diharapkan untuk menepati semua sasaran berkenaan.

"Walaupun kami kelab baharu namun ia bukan halangan untuk mencipta nama seperti kelab terkemuka negara seperti Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Justeru, kami memperuntukkan RM30,000 bagi perbelanjaan mengurus musim ini dengan harapan kami mampu membentuk barisan pelapis buat skuad Melaka malah negara," katanya.

Razli berkata, ramai bekas pemain negara dan Melaka turut menjadi penasihat kepada skuad berkenaan termasuk bekas pemain Sarawak, Azizan Baba, Mazlan Wahid, Halim Jantan selain Asri Ninggal, Fauzi Kassim dan Rahim Bakar.

Tambahnya, perbincangan dan nasihat mereka dilihat mampu untuk memacu kejayaan skuad yang turut dibarisi bekas pemain KL SPA dan DRB Hicom itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 January 2020 @ 1:10 PM
Digital NSTP Subscribe