XAVI dikaitkan akan membimbing Barcelona. FOTO Reuters
XAVI dikaitkan akan membimbing Barcelona. FOTO Reuters
AFP

ERNESTO Valverde akan kekal memimpin sesi latihan Barcelona esok selepas Xavi memberitahu kelab itu dia tidak dapat menerima tugas selaku jurulatih dengan segera.

Xavi yang kini membimbing kelab Qatar, Al-Sadd sudah mengadakan perbincangan bersama pengarah sukan, Eric Abidal dan ketua eksekutif, Oscar Grau.

Bagaimanapun sumber memberitahu, Grau dan Abidal kembali ke Barcelona hari ini selepas Xavi memberitahu beliau tidak akan terus bersetuju untuk membimbing Barcelona.

Xavi mungkin akan meneruskan perbincangan dalam tempoh beberapa hari lagi atau kemungkinan besar selepas berakhir saingan liga.

Sementara itu, Valverde kekal membimbing kelab itu dengan perancangan terkini adalah untuk terus mengetuai sesi latihan seperti biasa esok.

Valverde dilihat kurang senang dengan keinginan kelab untuk mendapatkan khidmat Xavi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 January 2020 @ 10:23 PM