BARCELONA tetap memecat Valverde meskipun kelab itu merekodkan pendapatan memberangsangkan. FOTO Reuters
Reuters

JUARA La Liga, Barcelona merekodkan pendapatan operasi bersih sebanyak 839.5 juta euro (RM3.8 bilion) pada musim 2018/2019, lebih 200 juta euro (RM900 juta) berbanding pemenang lapan liga utama Eropah.

Kajian firma audit KPMG mendedahkan juara Sepanyol itu mengatasi juara Ligue 1, Paris St Germain 636 juta euro (RM2.88 bilion); juara Bundesliga, Bayern Munich 626 juta euro (RM2.84 bilion) dan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City 610 juta euro (RM2.7 bilion).

Walaupun Barcelona sudah memenangi dua kejuaraan liga dan ketika ini mendahului saingan di separuh musim, mereka tetap mengambil tindakan memecat jurulatih, Ernesto Valverde.

Barcelona kemudian menamakan bekas jurulatih Real Betis, Quique Setien sebagai pengganti.

Kajian KPMG turut menyaksikan juara Serie A, Juventus; juara Liga Belanda, Ajax Amsterdam; juara Liga Portugal, Benfica; dan juara Liga Super Turki, Galatasaray sebagai kelab yang menerima pendapatan paling rendah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 January 2020 @ 11:37 AM