SERENA sedang memburu gelaran Grand Slam ke-24. FOTO AFP
AFP

SERENA Williams kembali kepada rentak kemenangan dalam usahanya untuk menyamai rekod memenangi 24 gelaran Grand Slam di Terbuka Australia.

Sensasi Amerika Syarikat itu mula menjadi tumpuan sejak 2017 apabila dia memenangi gelaran Grand Slam ke-23 di Melbourne namun selepas melahirkan anak dan kembali ke gelanggang, Serena tewas dalam empat final Grand Slam.

Bagaimanapun pemain berusia 38 tahun itu dilihat kembali kepada prestasi sebenar apabila menamatkan kemarau kemenangan selama tiga tahun dengan memenangi saingan Klasik Auckland.

Pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty dan juara bertahan, Naomi Osaka adalah antara penghalang utama Serena dalam usahanya untuk menyamai rekod kemenangan 24 gelaran Grand Slam yang dipegang Margaret Court dari Australia antara 1960 sehingga 1973.

“Kemenangan di Klasik Auckland amat penting untuk saya kerana ia dapat meningkatkan keyakinan.

“Saya tidak mahu terlalu terkekan untuk mengejar rekod. Saya hanya mahu memenangi gelaran Grand Slam sekali lagi,” kata Serena.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 January 2020 @ 2:30 PM