Ashley Young. FOTO File Reuters
Ashley Young. FOTO File Reuters
AFP

PERTAHANAN Manchester United, Ashley Young dikatakan bersetuju menyertai kelab Serie A, Inter Milan, menurut laporan semalam.

Pemain berusia 34 tahun itu akan tiba di Itali lewat hari ini untuk pemeriksaan perubatan sebelum menandatangani kontrak selama 18 bulan menurut laporan Gazzetta Dello Sport.

United akan menerima 1.5 juta Euro (RM6.8 juta) termasuk bonus buat Young yang menghabiskan lapan setengah musim di Old Trafford sejak tiba dari Aston Villa pada 2011.

Young, beraksi 39 kali buat England, melakukan 261 penampilan buat kelab Liga Perdana Inggeris dan menjaringkan 19 gol.

Dia merupakan kapten kelab pada musim ini namun hanya beraksi dalam kesebelasan utama dalam 10 perlawanan liga.

Dia memenangi kejuaraan Liga Perdana pada 2013, Piala FA pada 2016 dan kedua-duanya Piala Liga dan Piala Europa pada 2017.

Young meninggalkan United yang berada di kedudukan kelima di Liga Perdana, 27 mata di belakang pendahulu liga Liverpool, yang akan ditentang di Anfield pada Ahad.

Inter menandatangani Romelu Lukaku dari United musim panas lalu dan juga mempunyai Alexis Sanchez dengan pinjaman dari kelab itu.

Barisan kendalian Antonio Conte berada di kedudukan kedua carta Serie A, dua mata di belakang juara bertahan, Juventus.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 January 2020 @ 8:01 AM
Digital NSTP Subscribe