PERTAHANAN Marseille, Boubacar Kamara (kanan) diasak pemain Granville, Gustave Akueson di StadiumMichel-d'Ornano, Caen. FOTO AFP
AFP

MARSEILLE menjaringkan tiga gol dalam tempoh 15 minit terakhir untuk menewaskan pasukan kerdil, Granville 3-0 dalam saingan peringkat 32 terakhir Piala Perancis, awal pagi tadi.

Alvaro Gonzalez, Nemanja Radonjic dan Dimitri Payet menjaringkan gol buat Marseille selepas Granville beraksi 10 pemain apabila William Sea dibuang padang.

Marseille menjuarai Piala Perancis 10 kali, kedua terbanyak di belakang Paris Saint-Germain (12) tetapi gagal menjulangnya sejak 1989.

Mereka disingkirkan pada pusingan 64 musim lalu oleh kelab divisyen empat, Andrezieux dan hampir mengalami nasib sama awal bulan ini apabila dipaksa bekerja keras menewaskan Trelissac menerusi penentuan penalti.

Pau yang bermain di divisyen ketiga mencipta kejutan apabila menewaskan pasukan Ligue 1, Bordeaux, Khamis lalu dengan kemenangan 3-2 selepas tambahan masa.

Juara bertahan, Rennes akan menentang pasukan divisyen lima, Athletico Marseille esok manakala PSG akan berkunjung ke tempat lawan menentang ke pasukan Ligue 2, Lorient.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 8:28 AM