GAYA Serdar (kiri) meraikan jaringan di Gelsenkirchen. FOTO AFP
Reuters

MICHALE Gregoritsch menjaringkan gol dalam penampilan pertama bersama Schalke 04 dan membantu mencipta satu lagi jaringan ketika menewaskan pasukan tangga kedua, Borussia Moenchengladbach 2-0 dalam aksi Bundesliga yang bersambung kembali seleaps rehat musim sejuk.

Skuad David Wagner tampil lebih garang selepas rehat dengan Suat Serdar merembat masuk selepas mendapat hantaran Gregoritsch pada minit ke-48.

Pemain Austria itu yang menyertai Schalke ketika musim sejuk secara pinjaman dari Augsburg kemudiannya menjaringkan gol kedua menerusi tolakan jarak dekat 10 minit kemudian selepas mendapat hantaran cantik Benito Raman untuk melonjak Schalke ke tangga keempat dengan 33 mata.

Mereka kini sama mata dengan juara bertahan, Bayern Munich yang akan menentang Hertha Berlin esok.

Pendahulu liga, RB Leipzig dengan 37 mata, akan menanti kehadiran Union Berlin hari ini.

Gladbach kekal di tangga kedua dengan 35 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 8:44 AM