X
MOURINHO tidak puas hati dengan tindakan Conte. FOTO AFP
MOURINHO tidak puas hati dengan tindakan Conte. FOTO AFP
Reuters

PENGURUS Tottenham Hotspur, Jose Mourinho seperti memulakan semula perseteruannya dengan Antonio Conte selepas jurulatih Itali itu berhajat untuk membawa Christian Eriksen ke Inter Milan.

Pemain perancang Denmark itu akan tamat kontrak dengan Spurs pada hujung musim ini dan media Itali mengaitkan Eriksen dengan kelab yang dibimbing Conte pada jendela perpindahan Januari.

Conte, yang sebelum ini berjaya mendapatkan pertahanan Manchester United, Ashley Young memberitahu media Itali, bahawa dia memburu pemain yang masih lagi mempunyai karier panjang tapi berada dalam situasi dihujung kontrak.

Spurs tidak menerima bidaan dari Inter membabitkan Eriksen dan Mourinho, menganggap Conte sudah melanggar kod etika dengan bercakap perkara berkenaan secara terbuka mengenai pemain yang masih mempunyai kontrak.

“Saya rasa Antonio, bercakap mengenai perkara ini secara terbuka (mengenai Eriksen). Saya rasa kami semua sebagai pengurus perlu patuh mengenai perkara membabitkan perpindahan pemain. Saya rasa ia perlu dirahsiakan, sehingga ia muktamad.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 January 2020 @ 9:07 PM
Kabinet Malaysia 2020