SATHIANATHAN kecewa dengan permukaan padang Stadium Shah Alam. FOTO Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Firdaus Hashim


PENGENDALI Selangor, B Sathianathan mengakui sudah penat bercakap mengenai permukaan padang di Stadium Shah Alam yang akan bertukar menjadi 'bendang' apabila hujan turun dengan lebatnya di gelanggang keramat skuad Red Giants itu.

Jelas jurulatih berpengalaman itu, permukaan padang yang buruk bukan saja akan megganggu persembahan pasukan malah ia turut menjejaskan imej tuan rumah di mata pasukan luar.

Katanya, anak buahnya beraksi cukup baik sepanjang 90 minit menentang wakil kelab Thailand, True Bangkok United pada final Piala Cabaran Asia itu sebelum tumbang 4-2 menerusi penentuan penalti selepas terikat tanpa jaringan dalam masa sebenar.

“Saya berasa sudah penat bercakap mengenai perkara (padang teruk) ini. Ramai yang melabel saya sangat ‘Encik Alasan’.

“Tetapi pernahkah saya melihat padang Johor Darul Ta'zim (JDT) seperti ini? Tidak sama sekali,” katanya.

Isu permukaan padang Stadium Shah Alam bukan isu baharu apabila sering dikritik pelbagai pihak termasuk keadaan bumbung yang sering bocor dan tempat duduk yang kotor.

Sementara itu, mengulas mengenai prestasi pasukan, Sathianathan tetap bangga dengan pemain meskipun terpaksa melepaskan kejuaraan menerusi penentuan penalti.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 6:42 PM