CHRIS Martin berharap skuad renang negara dapat pertingkatkan prestasi. FOTO Supian Ahmad
Aida Adilah Mat


GAGAL mencapai sasaran di temasya Sukan Sea Filipina yang lalu memberi petanda untuk skuad renang negara melipat gandakan usaha agar mampu bersaing di peringkat Asia Tenggara.

Biarpun jurulatih kebangsaan, Chris Martin gembira dengan pencapaian perenang muda yang menampakkan peningkatan namun realitinya skuad negara jauh ketinggalan di belakang Singapura.

Perkara itu dapat dilihat menerusi pungutan pingat skuad Singapura yang memonopoli saingan apabila meraih 23 emas, Vietnam kedua dengan 10 emas dan Malaysia di tempat ketiga, dua emas.

“Saya tetap gembira melihat peningkatan perenang muda biarpun gagal mencapai sasaran.

"Tapi realistiknya kita jauh ketinggalan di belakang Singapura dan sedikit belakang dari Vietnam. Kita berada dalam kelompok Thailand serta Filipina dan usaha perlu dilakukan untuk keluar dari kelompok itu,” katanya.

Chris berkata demikian ketika ditemui selepas sesi penilaian Sukan Sea di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 7:39 PM