SAMATTA dibeli dengan harga RM45 juta. FOTO Agensi
SAMATTA dibeli dengan harga RM45 juta. FOTO Agensi
AFP

ASTON Villa melengkapkan pembelian penyerang kelab Genk dari Tanzania, Mbwana Samatta dengan yuran perpindahan £8.5 juta (RM45 juta), awal pagi tadi.

Samatta menandatangani kontrak empat setengah tahun bergantung kepada permit kerja dan pelepasan antarabangsa.

Pemain berusia 27 tahun itu menjaringkan 10 gol untuk Genk dalam semua kejohanan musim ini termasuk ketika menentang Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara di Anfield.

"Saya berbesar hati dapat membawa masuk Mbwana ke kelab ini," kata pengurus Villa, Dean Smith.

"Dia menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya dan saya teruja bekerjasama dengannya.”

Smith amat terdesak memperkasakan jentera serangan selepas Wesley tersisih baki saingan musim ini susulan kecederaan ligamen lutut.

Villa terpaksa beraksi tanpa penyerang berkaliber sejak pemain Brazil itu tercedera pada hari Tahun Baru menentang Burnley.

Villa kini berada dalam zon penyingkiran tetapi hanya satu di belakang Watford yang tidak tewas dalam enam aksi terakhir liga.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 2:48 PM