Jack Robinson. FOTO File Agensi
Jack Robinson. FOTO File Agensi
Reuters

SHEFFIELD United menandatangani pemain pertahanan Jack Robinson dari kelab Liga Kejuaraan, Nottingham Forest dengan kontrak dua setengah tahun menurut Kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Robinson yang memulakan karier di Liverpool, menyertai Forest pada 2018 dan beraksi baik sehingga melakukan 59 penampilan buat kelab itu.

Pemain berusia 26 tahun itu beraksi di bahagian pertahanan kiri untuk sebahagian besar dalam karier tetapi turut mampu beraksi di bahagian kiri serta posisi pertahanan tengah.

Dia menjadi pemain kedua yang di tandatangani Sheffield pada jendela perpindahan Januari selepas Jack Rodwell menyertai pasukan itu untuk perjanjian jangka pendek.

“Jack mempunyai potensi yang besar dan dia akan menjadikan skuad kami lebih kuat,” kata pengurus Sheffield, Chris Wilder dalam satu kenyataan.

“Tetapi dia bukan hanya menyertai pasukan untuk menambahkan bilangan, ia posisi yang jelas dalam sistem kami dan kami fikirkan dia adalah pilihan tepat untuk kami buat masa ini.”

The Blades yang kembali ke Liga Perdana selepas 12 tahun, beraksi di luar jangkaan dan berada di kedudukan ketujuh dalam carta liga dengan 33 mata daripada 23 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 10:14 PM