Siti Noor Amarina taruhan skuad TLHT. FOTO Malik Muhamad
Siti Noor Amarina taruhan skuad TLHT. FOTO Malik Muhamad
Malik Muhamad


PEMAIN berpengalaman Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT), Siti Noor Amarina Ruhani, tidak mahu menoleh ke belakang lagi dalam misi membantu skuadnya mengulangi kejayaan berganda sebagaimana musim lalu.

Kapten TLHT berkata, dengan pemain yang ada dan ditambah sentuhan daripada bekas pengendali kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim, impian itu bakal tercapai lebih-lebih lagi pemain kian serasi, tapi perlu ada kerjasama semua pihak.

“Bagi saya keserasian pasukan tidak menjadi persoalan kerana antara pemain berada dalam keadaan baik sama ada pemain muda ataupun pemain berpengalaman.

“Saya begitu berpuas hati, mereka banyak membantu pasukan dalam tiga perlawanan terdahulu, jadi bagi saya perkara ini bukan menjadi isu buat pasukan.

“Hal ini ditambah pula kita tidak ada masalah dalaman, sebaliknya pasukan TLHT berada dalam momentum yang baik untuk mengulangi juara berganda lagi musim ini.

“Cuma daripada segi penyudah nampak masih bergelut, namun saya berkeyakinan kelemahan itu akan dapat diperbaiki kerana masa masih ada sebelum bertemu wakil Pulau Pinang, Mutiara Impian-PSHA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Januari ini,” ujar Amarina yang juga kapten Malaysian Tigress itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 January 2020 @ 10:53 PM