PEMAIN tengah Liverpool, Curtis Jones (dua dari kanan) meraikan jaringannya ketika bertemu Shrewsbury di pusingan keempat. FOTO AFP
AFP

PENDAHULU Liga Perdana, Liverpool akan bertemu Chelsea pada pusingan kelima Piala FA jika anak buah Jurgen Klopp meraih kemenangan pada aksi ulangan pusingan keempat dengan Shrewsbury.

Shrewsbury, pasukan divisyen tiga berjaya mengikat Liverpool 2-2, Ahad lalu sekali gus mengheret aksi ulangan di Anfield yang berlangsung ketika tempoh rehat Liga Perdana.

Klopp sudah menegaskan beliau tidak akan menurunkan barisan pemain utama untuk perlawanan itu kerana tidak mahu mengganggu tempoh rehat mereka.

Untuk meraih tiket ke Stamford Bridge, Liverpool mungkin akan menurunkan barisan pemain muda yang ditewaskan oleh Aston Villa di suku akhir Piala Liga.

Juara bertahan Piala FA, Manchester City akan berkunjung ke Sheffield Wednesday di pusingan kelima.

Manakala Manchester United akan bertemu pemenang antara Northampton dan Derby yang dibarisi bekas bintang United, Wayne Rooney.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 8:40 AM