X
VARDY meninggalkan padang selepas mengalami kecederaan ketika bertemu West Ham. FOTO Reuters
VARDY meninggalkan padang selepas mengalami kecederaan ketika bertemu West Ham. FOTO Reuters
AFP

PENGURUS Leicester, Brendan Rodgers menjangkakan Jamie Vardy akan kembali beraksi pada separuh akhir kedua Piala Liga bertemu Aston Villa awal pagi esok selepas pulih daripada kecederaan.

Vardy terlepas untuk beraksi di pusingan keempat Piala FA bertemu Brentford, Sabtu lalu selepas berdepan kecederaan otot ketika bertemu West Ham sebelum itu.

Ia mencetuskan kebimbangan penjaring terbanyak Leicester dengan 17 gol itu mungkin terpaksa diketepikan untuk beberapa minggu.

Bagaimanapun Rodgers mendedahkan pemain berusia 33 tahun itu sudah cergas sepenuhnya dan akan bersama pasukan di Villa Park dalam usaha Leicester untuk menempah tiket final di Wembley bertemu Manchester City atau Manchester United.

“Dia akan bersama skuad,” kata Rodgers pada sidang media menjelang perlawanan itu.

“Dia bekerja keras sejak mengalami kecederaan itu minggu lalu. Kami akan memberikannya rehat dan kemudian melihat bagaimana perkembangannya sebelum memutuskan sama ada dia akan berada dalam kesebelasan utama atau di bangku simpanan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 10:09 AM