Hakan Calhanoglu (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas Milan menewaskan Torino. FOTO AFP
Hakan Calhanoglu (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas Milan menewaskan Torino. FOTO AFP
Reuters

HAKAN Calhanoglu menjaringkan dua gol dan memberi inspirasi ketika AC Milan bangkit dari ketinggalan menewaskan pelawat Torino 4-2 selepas tambahan masa sekali gus mara ke peringkat separuh akhir Piala Itali, pagi ini.

Perancang tengah Turki, Calhanoglu meledak gol penyamaan pada masa kecederaan sebelum memberikan skuad the Rossoneri mendahulu 3-2 dalam masa tambahan ketika pasukan tuan rumah itu memastikan kemenangan kelima dalam semua kejohanan untuk berdepan Juventus dalam kelompok empat terakhir.

Milan sememangnya pasukan pilihan dan mendahului pada 12 minit permainan apabila pemain tengah Giacomo Bonaventura menjaringkan gol selepas menerima hantaran Ante Rebic.

Gleison Bremer bagaimanapun menyamakan kedudukan 10 minit sebelum waktu rehat menerusi sepakan rendah, sebelum meletakkan pelawat di depan menerusi tandukan hasil umpanan Ola Aina pada minit ke 71.

Namun rembatan separuh voli, Calhanoglu dua minit sebelum tamat membolehkan Milan menyamakan kedudukan dan dia melakukannya sekali lagi pada minit ke 107 dengan rembatan jarak dekat sebelum pemain gantian Zlatan Ibrahimovic memastikan kemenangan menerusi jaringan dari kawasan kotak penalti dua minit kemudian.

Dengan kain rentang dan muzik, Stadium San Siro Milan memperingati kematian bekas bintang NBA Kobe Bryant, yang meninggal dunia dalam nahas helikopter kelmarin. Bryant meluangkan zaman kanak-kanaknya di Itali.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 8:29 AM