Pemain Monaco jelas kecewa selepas tersingkir saingan Piala Perancis. FOTO AFP
Reuters

MONACO dilanda krisis penurunan tersingkir saingan 16 terakhir Piala Perancis apabila tewas 0-1 di gelanggang sendiri kepada St Etienne pagi ini, sekali gus kekalahan ketiga mereka di bawah kendalian jurulatih baharu, Robert Moreno.

St Etienne berterima kasih dengan gol pada separuh masa pertama oleh Denis Bouanga yang meninggalkan Monaco terkeluar daripada dua saingan piala domestik dan hanya mengintai peluang beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Moreno mengambil alih selepas pemecatan Leonardo Jardim ketika rehat pertengahan musim tapi jurulatih baharu itu bergelut untuk memulihkan keyakinan Monaco walaupun mencatat keputusan memberangsangkan ketika seri 3-3 berdepan pendahulu Ligue 1, Paris St Germain, awal bulan ini.

Pemain pertahanan St-Etienne, Mathieu Debuchy (kiri) cuba menghalang pemain Monaco. FOTO AFP

Kelab ternama itu tewas dua perlawanan terakhir liga, kekalahan 1-4 kepada PSG di Parc des Princes dan kemudian 1-3 di gelanggang sendiri oleh RC Strasbourg minggu lalu, meninggalkan pasukan itu berada di kedudukan ke 13 carta, lapan mata daripada slot Liga Juara-Juara.

Pasukan (divisyen 4) National 2, Belfort mengetepikan pasukan liga utama Montpellier 5-4 menerusi penentuan penalti dalam kejutan terbesar dalam peringkat itu, sementara Stade Rennes mara dengan kemenangan 5-4 selepas beraksi dalam tambahan masa di Angers manakala Dijon mengatasi Limonest, 2-1.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 9:10 AM