Simona meraikan kejayaan mengatasi Anett Kontaveit dalam aksi suku akhir Terbuka Australia. FOTO AFP
AFP

SIMONA Halep menunjukkan amaran jelas di Terbuka Australia hari ini, selepas mara ke peringkat separuh akhir hanya dalam 53 minit apabila mudah menewaskan pemain Estonia, Anett Kontaveit, 6-1, 6-1.

Pemain sensasi pilihan keempat akan bertemu sama ada bekas pemain nombor satu dunia, Garbine Muguruza atau pemain pilihan ke 30 dari Russian, Anastasia Pavlyuchenkova dalam pertembungan kelompok empat terakhir di Melbourne.

Simona, 28, pemain suku akhir tunggal yang tidak tewas dalam set perlawanan mensasarkan untuk menambah kejuaraan Terbuka Australia bagi melengkapkan mahkota Terbuka Perancis 2018 dan kejuaraan Wimbledon dimenangi tahun lalu.

Simona Halep (kanan) bersalaman dengan Anett Kontaveit selepas tamat perlawanan. FOTO AFP

"Saya rasa hebat di gelanggang hari ini. Saya beraksi dalam permainan saya, saya rasa kekuatan pada kedua-dua kaki," kata Simona.

"Saya tahu bagaimana berhadapan dengannya jadi saya hanya memberi tumpuan pada setiap mata permainan."

Pemain Romania itu tewas pada final 2018 di Melbourne kepada Caroline Wozniacki namun berkata : "Perlawanan lalu tidak mendatangkan kesan buruk semata-mata. Saya mungkin boleh menamatkan (menang) perlawanan, mungkin saya gementar."

"Tapi sekarang saya lebih berpengalaman. Perlawanan itu membantu saya menang dua Grand Slam yang saya sudah berada dalam genggaman, dan mungkin ia akan membantu saya memperoleh yang ketiga nanti."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 9:59 AM