Pemain tengah Inter Milan, Nicolo Barella (tengah atas) meraikan jaringannya ketika berdepan Fiorentina. FOTO AFP
Pemain tengah Inter Milan, Nicolo Barella (tengah atas) meraikan jaringannya ketika berdepan Fiorentina. FOTO AFP
Reuters

GOL kemenangan menarik Nicolo Barella membantu Inter Milan menewaskan Fiorentina 2-1 di San Siro, pagi ini, sekali gus menempah pertembungan menentang Napoli di peringkat separuh akhir Piala Itali.

Antonio Candreva meletakkan Inter di depan sebelum waktu rehat perlawanan namun tandukan Martin Caceres menyamakan kedudukan buat pelawat ketika aksi sejam perlawanan.

Begitupun, jaringan menarik daripada Barella disifatkan gol penentuan suku akhir selepas pemain tengah itu merebut bola untuk merembat rendah pada minit ke 67.

Penyokong tuan rumah mempunyai alasan tersendiri untuk bergembira apabila Christian Eriksen dimasukkan daripada bangku simpanan untuk membuat penampilan pertama di Inter, sehari selepas ditandatangani dari Tottenham Hotspur yang dilaporkan membabitkan perjanjian sekitar €20 juta (RM89.89 juta).

Inter sudah memenangi Piala Itali dalam tujuh edisi namun tidak sejak 2011, akan berdepan Napoli dalam dua perlawanan antara Februari dan Mac untuk tempat ke final, membabitkan sama ada Juventus atau AC Milan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 January 2020 @ 9:04 AM
Digital NSTP Subscribe