TIMEA (kiri) dan  Kristina  mencium trofi kejohanan. FOTO Reuters
TIMEA (kiri) dan Kristina mencium trofi kejohanan. FOTO Reuters
AFP

PEMAIN Perancis, Kristina Mladenovic dan Timea Babos dari Hungary mengejutkan pilihan utama, Hsieh Su-wei dan Barbora Strycova untuk menjulang kejuaraan kedua acara beregu wanita Terbuka Australia dalam masa tiga tahun, hari ini.

Pasangan itu menewaskan juara Wimbledon, 6-2, 6-1 dalam masa 1 jam 12 minit untuk meraih gelaran Grand Slam ketiga mereka dan kesepuluh keseluruhan.

Kristina yang menjuarai Piala Fed bersama Perancis di Perth pada November turut mara ke final acara beregu di Melbourne tahun lalu bersama Timea tetapi tewas kepada Sam Stosur dan Zhang Shuai.

"Ada sesuatu yang menarik mengenai Australia. Kami teruja untuk datang kembali,” kata Timea. “Prestasi kami semakin baik dari semasa ke semasa.”

Kristina dan Timea yang juga pilihan kedua tewas kepada Hsieh dan Barbora pada separuh akhir Wimbledon tahun lalu.

Hsieh dan Barbora memanaskan badan menghadapi Terbuka Australia dengan menjuarai kejohanan di Brisbane dan tidak tercicir set menuju ke final.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 January 2020 @ 6:58 PM