Penyerang Nigeria, Odion Ighalo beri pilihan kepada barisan serangan United. FOTO Reuters
Penyerang Nigeria, Odion Ighalo beri pilihan kepada barisan serangan United. FOTO Reuters
AFP

MANCHESTER United menandatangani pemain kebangsaan Nigeria, Odion Ighalo sebagai pemain pinjaman sehingga hujung musim ini dari Shanghai Shenhua dalam tempoh akhir sebelum jendela perpindahan pemain di tutup semalam.

Ighalo, 30, berpindah ke China pada 2017, menyertai Changchun Yatai dari Watford, sebelum menyertai Shanghai tahun lalu.

United tidak mempunyai banyak pilihan di barisan serangan berikutan kecederaan dialami penjaring terbanyak mereka Marcus Rashford, dengan pemain kebangsaan England berkenaan terpaksa diketepikan sekurang-kurangnya satu bulan lagi.

Ighalo menjaringkan 40 gol dalam 100 penampilan ketika bersama Watford dan United berharap pemain itu akan memberi sumbangan berkesan kepada pasukan ketika mereka mengejar Chelsea untuk pemburuan empat teratas Liga Perdana.

Sekurang-kurangnya kehadiran pemain itu turut mengurangkan kemarahan peminat United yang bertindak menyerang rumah pegawai eksekutif kelab berkenaan beberapa hari lalu.

Percubaan untuk membawa kembali penyerang Bournemouth, Josh King ke Old Trafford, di mana dia memulakan kariernya di United ditolak lebih awal.

Ighalo menjaringkan 16 gol dalam 34 penampilan antarabangsa buat Nigeria, termasuk lima gol sebagai penjaring terbanyak di Piala Negara Afrika 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Februari 2020 @ 9:46 AM
Digital NSTP Subscribe