Taktikal Guardiola (kiri) dan Mourinho jadi sandaran. FOTO File Reuters
Taktikal Guardiola (kiri) dan Mourinho jadi sandaran. FOTO File Reuters
AFP

PEP Guardiola berkata pencabar hebatnya, Jose Mourinho tidak harus di nilai bulat-bulat terhadap rekod terkini ketika kedua-dua pengurus itu mengadakan persiapan menjelang pertembungan tengah malam esok.

Tottenham memungut 20 mata daripada 12 perlawanan Liga Perdana sejak Mourinho mengambil alih tugas daripada Mauricio Pochettino dan ketinggalan enam mata daripada pasukan di tangga keempat Chelsea.

Pengendali Portugal menyertai Spurs setahun selepas dipecat Manchester United berikutan beberapa masalah dalaman dan keputusan mengecewakan ketika skuad City kendalian Guardiola terus mendominasi saingan di England.

Mourinho dan Guardiola bertemu buat kali ke 23 hujung minggu ini ketika City berkunjung ke Tottenham dan warga Sepanyol itu berkata dia menghormati pencapaian dan pengalaman hebat pesaingnya itu.

“Nilai Jose, seorang pengurus yang kaya pengalaman dan banyak kejayaan, tidak hanya untuk menilai bagi satu musim atau setengah musim sahaja,” kata Guardiola yang membawa City berada di tangga kedua liga perdana ketika ini dengan ketinggalan 19 mata di belakang Liverpool.

“Mereka yang tidak menilai pencapaian kariernya sekitar 15 atau 20 tahun tidak tahu apa-apa.”

“Tempoh bagi pengurus untuk jatuh dan bangun, semua orang tahu. Kamu mempunyai musim dengan baik dan tempoh buruk, kamu harus mengubah pasukan dan membina sesuatu.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Februari 2020 @ 12:37 PM