YURIKO Koike bercakap kepada media. FOTO AFP
YURIKO Koike bercakap kepada media. FOTO AFP
AFP

GABENOR Tokyo, Yuriko Koike memberi jaminan akan mengambil langkah terbaik bagi melindungi orang ramai daripada wabak coronavirus menjelang Sukan Olimpik 2020 yang bakal berlangsung Julai depan.

Pada majlis pembukaan Ariake Arena, venue pertandingan bola tampar dan bola keranjang kerusi roda, beliau berkata: “Saya akan melaksanakan langkah-langkah yang lebih ketat untuk menangani penyakit berjangkit.

“Saya akan mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai kanan untuk memastikan keselamatan orang ramai di Tokyo terutamanya mengenai bagaimana untuk mencegah penyebaran wabak ini.”

Koike menggesa orang ramai untuk sentiasa membasuh tangan dan memakai topeng muka bagi melindungi mereka daripada wabak berkenaan.

Temasya Sukan Olimpik akan membuka tirai saingan pada 24 Julai hingga 9 Ogos manakala Sukan Paralimpik bakal bermula 25 Ogos hingga 9 September.

Kebimbangan mengenai wabak itu menyebabkan beberapa acara di China untuk kempen kelayakan Sukan Olimpik seperti tinju dan badminton terpaksa ditangguhkan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Februari 2020 @ 8:14 PM