AKSI Selke menjaringkan gol Werder Bremen. FOTO Reuters
AKSI Selke menjaringkan gol Werder Bremen. FOTO Reuters
AFP

LAPAN gol daripada empat penampilan pemain remaja sensasi, Erling Braut Haaland gagal membantu Borussia Dortmund ke suku akhir Piala Jerman selepas tewas 2-3 di Werder Bremen, awal pagi tadi.

Haaland yang berusia 19 tahun meneruskan prestasi cemerlang sejak ditandatangani pencabar Bundesliga itu apabila menolak bola ke gawang pada minit ke-67 untuk merapatkan kedudukan selepas Davie Selk dan Leonardo Bittencourt meletakkan Werder 2-0 pada babak pertama.

Jaringan itu bermakna dia menjaringkan gol setiap perlawanan walaupun hanya tampil sekali dalam kesebelasan utama dan dua kali beraksi penuh dalam tempoh beberapa minggu sejak tiba di Jerman.

Dalam perlawanan di Weserstadion itu, dia masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua tetapi tiga minit selepas jaringannya, Milot Rashica menjadikan kedudukan 3-1 buat tuan rumah sebelum Giovanni Reyna merapatkan kedudukan 12 minit sebelum permainan tamat.

Werder bakal diiringi Fortuna Duesseldorf dan Eintracht Frankfurt ke pusingan seterusnya selepsa masing-masing menewaskan Kaiserslautern dan RB Leipzig manakala Schalke mengatasi cabaran Hertha Berlin 3-2 hasil jaringan Benito Raman pada masa tambahan.

Bayern Munich akan menentang Hoffenheim dalam satu daripada empat perlawanan awal pagi esok untuk melengkapkan lapan pasukan terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Februari 2020 @ 9:08 AM
Kabinet Malaysia 2020