MERCEDES Benz Brabus hadiah yang diberikan teman wanita Ronaldo sempena ulang tahun kelahiran ke-35. FOTO Agensi
MERCEDES Benz Brabus hadiah yang diberikan teman wanita Ronaldo sempena ulang tahun kelahiran ke-35. FOTO Agensi

PENYERANG Juventus menerima kejutan di luar salah sebuah restoran di Turin semalam apabila teman wanitanya, Georgina Rodriguez menghadiahkan kereta Marcedes Benz Brabus bernilai 600,000 pound (RM3.2 juta).

Lebih menarik kereta berkenaan turut diikat dengan reben gergasi berwarna merah seperti sebuah bungkusan hadiah untuk sambutan ulang tahunnya yang ke-35.

Selepas Ronaldo melihat hadiah berkenaan Georgina dan rakan-rakan pemain itu yang berada di luar restoran berkenaan sama-sama menyanyikan lagu ulang tahun kelahiran kepadanya.

Ronaldo turut memuatnaik gambar dengan kek gergasi berbentuk CR7 di akaun Instagram dan selain Georgina, turut kelihatan ialah anaknya, Cristiano Jr.

Bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu membuatkan isyarat ibu jari dan berserta komen tanda terima kasih kepada teman wanitanya.

“Inilah masanya untuk meraikan hari jadi saya. Terima kasih kepada teman wanitaku di atas kejutan ini,” kata Ronaldo.

Georgina turut memuatnaik video kejutaan berkenaan di akaun Instagram dengan mengucapkan tahniah kepada Ronaldo.

“Tahniah kepada teman lelakiku sepanjang hayat. Saya ingin membuktikan tanda kecintaan dengan memberikan jadiah ini,” kata Georgina.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Februari 2020 @ 8:21 PM