Penyerang Roma, Edin Dzeko (tengah) cuba melepasi pemain Bologna. FOTO AFP
Penyerang Roma, Edin Dzeko (tengah) cuba melepasi pemain Bologna. FOTO AFP
AFP

PELUANG Roma untuk layak Liga Juara-Juara musim depan tersentak selepas mengalami kekalahan 2-3 ke atas Bologna di gelanggang sendiri sekali gus kekalahan kelab utama itu dalam tiga perlawanan berturut-turut saingan Serie A.

Skuad kendalian Paulo Fonseca menduduki tangga kelima carta kekal sama mata dengan pasukan di tangga keempat Atalanta yang berdepan Fiorentina hari ini, sebelum kedua-dua pasukan bertemu di Bergamo minggu depan.

“Buat masa ini, kami terlalu bimbang, jadi saya harus pertimbangkan apa yang harus dilakukan untuk mengubah situasi ini,” kata bos Roma Fonseca kepada Sky Sport Italia.

“Kami harus berusaha mengubah perkara ini. Ia tidak begitu dramatik, ia kelihatan seperti semuanya negatif ketika ini tetapi kami perlu semangat yang bersungguh-sungguh.”

Riccardo Orsolini memanfaatkan kesilapan dilakukan pemain pertahanan Inggeris, Chris Smalling untuk memastikan gol pendahuluan pada minit ke 16 buat Bologna di Stadio Olimpico sebelum Stefano Denswil menjaringkan gol sendiri untuk menyamakan kedudukan buat Roma enam minit kemudian.

Namun pemain kebangsaan Gambia, Musa Barrow menjaringkan gol hasil gerakan solo menarik pada setiap babak untuk memastikan kemenangan Bologna.

Tandukan Henrikh Mkhitaryan memberi sedikit harapan kepada pasukan tuan rumah ketika baki 18 minit permainan namun Bryan Cristante diperintah keluar padang beberapa minit kemudian sekali gus harapan untuk kembali bangkit.

Bologna melonjak ke tangga keenam dalam liga selepas kemenangan ketiga berturut-turut mereka, satu mata mengatasi Cagliari dan Parma dalam pemburuan untuk layak Liga Europa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Februari 2020 @ 7:46 AM