RICHARLISON (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
RICHARLISON (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

EVERTON perlu mensasarkan untuk beraksi di Liga Europa musim depan, kata pengurus, Carlo Ancelotti selepas menyaksikan skuad bimbingannya mencatat kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace semalam.

Gol menerusi Bernard, Richarlison dan Dominic Calvert-Lewin di Goodison membantu Everton melonjak di tangga ketujuh liga dan hanya ketinggalan lima mata di belakang pasukan di kedudukan empat terbaik.

Everton kini sudah mencatatkan lima kemenangan dan seri dua kali daripada lapan perlawanan sejak Ancelotti mengambil alih kelab itu Disember tahun lalu.

“Sejak saya tiba, pasukan melakukan tugas dengan cemerlang. Kini kami ada peluang untuk beraksi di Liga Europa,” katanya.

Secara perbandingan, Palace pula mengelak daripada berada di zon penyingkiran.

Skuad bimbingan Roy Hodgson masih mempunyai kelebihan enam mata berbanding tiga pasukan terbawah tetapi gagal mencatat kemenangan dalam lapan perlawanan sejak Disember tahun lalu.

“Saya tidak mahu menyalahkan pemain tetapi sekali lagi kami tewas dan pulang tanpa sebarang mata,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Februari 2020 @ 11:07 AM