WALSCHEID (tengah) berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan Menara Petronas dengan catatan masa tiga jam 51 minit 42 saat. FOTO PETRONAS LTdL
WALSCHEID (tengah) berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan Menara Petronas dengan catatan masa tiga jam 51 minit 42 saat. FOTO PETRONAS LTdL
Aida Adilah Mat


SELEPAS tiga peringkat perlumbaan PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 Maximilian Walscheid dari NTT Team pasukan berstatus WorldTour akhirnya berjaya bergelar juara.

Pada saingan yang menawarkan jarak 162.5 kilometer (km) dari Temerloh ke Kuala Lumpur, Walscheid berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan Menara Petronas dengan catatan masa tiga jam 51 minit 42 saat.

Dia yang muncul juara kreterium pengenalan di Kota Kinabalu, Sabah Khamis lalu, menewaskan Riccardo Minali (Nippo Delco Provence) dan Ahmet Orken (Team Sapura Cycling) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, rakan sepasukan Orken yang juga pelumba tempatan, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff menyarung jersi merah (raja bukit) selepas menguasai dua dari tiga zon pendakian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Februari 2020 @ 4:56 PM