Hakim Ziyech. FOTO File Agensi
Hakim Ziyech. FOTO File Agensi
Agensi

HAKIM Ziyech kekal dalam radar Chelsea ketika pengurusnya, Frank Lampard merancang memperkuatkan pasukan pada musim panas ini, menurut Daily Telegraph.

The Blues bertindak untuk mendapatkan khidmat Ziyech pada jendela perpindahan Januari namun Ajax tidak rela pemain itu meninggalkan kelab berkenaan pada musim ini.

Begitupun, Ziyech memberi bayangan dia mahu meninggalkan kelab pada musim panas ini dan kelab Belanda itu menjangkakan permintaan tinggi terhadap pemain tengah dengan nilai £45 juta (RM240.86 juta) berkenaan.

Lampard terdesak memperkukuhkan jentera serangan selepas tempoh penggantungan perpindahan kelab itu tamat namun agak kecewa selepas usaha mendapatkan khidmat penyerang PSG, Edinson Cavani sebagai salah satu lagi pilihan di bahagian serangan turut buntu.

Namun, dengan the Blues bos dijangka mempunyai lebih £150 juta (RM802.87 juta) untuk dibelanjakan pada musim panas ini, beberapa pemain dalam senarai pilihannya mungkin berjaya disambar menyertai skuad itu di Stamford Bridge.

Jadon Sancho juga dalam senarai pilihan Lampard tetapi minat dari Manchester United dan Bayern Munich menyebabkan nilai meningkat mendadak sehingga £127 juta (RM679.76 juta) bagi bintang muda England dan Borussia Dortmund itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Februari 2020 @ 6:42 AM