WALSCHEID (tengah) diapit Pacioni (kiri) dan Jones. FOTO Luqman Hakim Zubir
Aida Adilah Mat


PELUMBA pasukan NTT Pro Cycling Team, Maximillian Walscheid menjadi pemenang peringkat terakhir edisi ke-25 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 di Pulau Langkawi.

Tempat kedua milik Luca Pacioni dari Androni Giocattoli dan Taj Jones (Ara Pro Racing) melengkapkan kedudukan podium selepas mencatat masa dua jam 29 minit 08 saat.

Pasukan Sapura Cycling Team muncul juara keseluruhan dengan pelumbanya, Danilo Celano menyarung Jersi Kuning PETRONAS selaku pelumba terbaik manakala Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff melakar sejarah muncul pelumba tempatan pertama menyarung Jersi Merah selaku Raja Bukit.

Jersi Hijau PETRONAS (Raja Pecut) dimiliki Walscheid manakala Jersi Putih (pelumba terbaik Asia) diraih Yevgeniy Fedorov dari pasukan Vino Astana Motors.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 7:31 PM