JUNE Wei tewaskan Wan Ho.
Saiful Affendy Sapran

BAGAIKAN tercabar dengan kejayaan skuad badminton wanita layak ke separuh akhir Kejohanan Berpasukan Asia, skuad lelaki negara turut berjaya mengesahkan tempat apabila mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Korea Selatan 3-0 hari ini.

Kejayaan itu juga membolehkan Malaysia layak secara automatik ke Piala Thomas di Aarhus, Denmark, Mei depan.

Pada perlawanan berlangsung di Rizal Memorial Coliseum, Manila itu, kapten skuad negara, Lee Zii Jia memulakan momentum cemerlang Malaysia dengan menewaskan Heo Kwang Hee 21-9, 21-14 pada perlawanan berlangsung hanya selama 35 minit.

Kemenangan Zii Jia menyuntik semangat kepada gandingan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turut tidak berdepan masalah menewaskan Choi Solgyu-Kim Won Ho‬ 21-19, 21-14.

Seorang lagi pemain perseorangan negara, ‪Cheam June Wei mengesahkan kemenangan Malaysia apabila menewaskan pemain berpengalaman, Son Wan Ho 21-18 9-21 21-14.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 8:22 PM