KANTE (kanan) tidak menganggap pertemuan dengan United sebagai misi membalas denda. FOTO Agensi
KANTE (kanan) tidak menganggap pertemuan dengan United sebagai misi membalas denda. FOTO Agensi
Reuters

N’GOLO Kante berkata pertemuan Chelsea dengan Manchester United di halaman sendiri Selasa ini bukan misi untuk membalas dendam kekalahan mereka di Old Trafford pada awal saingan Liga Perdana Inggeris sebelum ini.

Sebaliknya jelas Kante, dia serta rakan sepasukan lebih memikirkan untuk mengekalkan kedudukan dalam empat pasukan terbaik liga.

“United agak ketinggalan di belakang tetapi sekarang mereka semakin menghampiri kami. Ia adalah peluang untuk kami terus meninggalkan mereka di belakang atau pun membuka ruang kepada mereka untuk terus merapatkan jurang.

“Perlawanan ini amat penting untuk kedua-dua pasukan. Kita semua tahu United akan memberi kesukaran terutama selepas kami tewas kepada mereka pada perlawanan pertama sebelum ini.

“Tapi kami tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kekalahan itu. Kami harus terus mengorak langkah ke depan kerana mahu mengekalkan jurang dan atas faktor itu kami perlu memenangi perlawanan ini, bukannya misi untuk membalas dendam,” katanya.

Ia adalah detik penting untuk Chelsea dan United sebelum bertemu Tottenham juga di Stamford Bridge pada perlawanan seterusnya dan kemudian beraksi di perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara bertemu Bayern Munich.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Februari 2020 @ 11:05 PM
Digital NSTP Subscribe