GELAGAT Lacazette selepas menjaringkan gol keempat Arsenal. FOTO AFP
GELAGAT Lacazette selepas menjaringkan gol keempat Arsenal. FOTO AFP
Reuters

PEMAIN gantian, Alexandre Lacazette menamatkan kemarau jaringan ketika Arsenal meraih kemenangan pertama Liga Perdana sejak hari Tahun Baru dengan membelasah Newcastle United 4-0 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Lacazette tampil sembilan perlawanan dalam semua kejohanan tanpa sebarang jaringan sebelum mengakhirinya menerusi rembatan jarak dekat pada masa kecederaan.

Selepas tamat babak pertama tanpa jaringan, Pierre-Emerick Aubameyang meletakkan Gunners di depan menerusi tandukan cantik hasil hantaran Nicolas Pepe.

Pepe kemudiannya menjadikan kedudukan 2-0 hasil tolakan jarak dekat selepas Bukayo Saka memperdayakan pertahanan lawan dan gol ketiga menerusi Mesut Ozil, jaringan pertamanya musim ini.

Lacazette yang masuk menggantikan pemain muda, Eddie Nketiah melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah sekali gus kejayaan kedua skuad Mikel Arteta sejak pengendali dari Sepanyol itu mengambil alih tugas pengurus.

Kekalahan itu menamatkan rekod lapan kemenangan berturut-turut Newcastle.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Februari 2020 @ 7:20 AM
Digital NSTP Subscribe