Luis Suarez masih mengalami kecederaan. FOTO File Agensi
Luis Suarez masih mengalami kecederaan. FOTO File Agensi
Reuters

PEMILIK pengendali bola sepak Sepanyol memberikan lampu hijau kepada Barcelona untuk mengikat pemain kecemasan selepas memastikan penyerang mereka Ousmane Dembele disisihkan sekurang-kurangnya enam bulan berikutan kecederaan hamstring.

Pemain kebangsaan Perancis itu menyertai rakan sepasukan di bahagian serangan Luis Suarez yang terpaksa diketepikan selepas menjalani pembedahan di Finland minggu lalu.

Barca yang membenarkan pemain mudanya Carles Perez ke AS Roma pada Januari dalam perjanjian pinjaman walaupun Suarez terpaksa direhatkan selama empat bulan, kini mempunyai tempoh 15 hari yang membenarkan mereka mencari pemain ganti sekali pun jendela perpindahan pemain Eropah sudah ditutup.

Undang-undang bola sepak Sepanyol membenarkan kelab berkenaan melakukan pembelian panik jika dapat membuktikan mereka akan kekurangan pemain sehingga membataskan aksi mereka lebih lima bulan atau lebih lama.

Jawatan kuasa Perubatan La Liga hari ini mengesahkan kes ini hanya membabitkan Barca. Undang-undang itu juga memperuntukkan mana-mana pemain yang baharu ditandatangani sama ada perlu berdaftar di kelab yang berpangkalan di Sepanyol atau ejen bebas, namun mereka tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Februari 2020 @ 11:03 PM
Digital NSTP Subscribe