Neymar bakal diturunkan berdepan Dortmund. FOTO Reuters
Neymar bakal diturunkan berdepan Dortmund. FOTO Reuters
AFP

NEYMAR tersenarai dalam skuad Paris Saint-Germain berdepan Borussia Dortmund dalam saingan perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara Rabu ini, walaupun tidak beraksi pada empat perlawanan terakhir kelab Perancis itu berikutan kecederaan.

Pemain termahal dunia itu bergelut dengan masalah pinggul namun dijangka dapat kembali cergas pada masanya untuk diturunkan pada perlawanan di Signal Iduna Park.

Bintang Brazil itu terlepas aksi kekalahan mengejut ke atas Manchester United pada peringkat 16 terakhir musim lalu berikutan mengalami kecederaan pergelangan kaki.

Dia juga gagal menyerlah dalam perlawanan timbal balik pada peringkat dan kejohanan sama berdepan Real Madrid pada 2018.

Neymar direhatkan bersama Kylian Mbappe, ketika PSG terikat 4-4 di Amiens saingan Ligue 1 pada Sabtu.

“Dia akan berada di Dortmund, saya sangat yakin, tetapi tanpa berada pada prestasi sebenar ketika seperti dua minggu lalu,” kata Tuchel sebelum perlawanan berdepan Amiens.

“Tetapi dia akan membantu kami. Saya yakin dan menaruh kepercayaan kepadanya.”

PSG belum melepasi peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara sejak dibeli oleh pemilik dari Qatar pada 2011 dan hanya berada dalam kelompok empat terakhir pada 1994-95 iaitu pencapaian paling hampir untuk menjulang Piala Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Februari 2020 @ 11:26 PM
Digital NSTP Subscribe