Kevin De Bruyne (tengah) melepasi halangan pemain West Ham, Michail Antonio pada aksi Liga Perdana Inggeris pagi ini. FOTO AFP
Kevin De Bruyne (tengah) melepasi halangan pemain West Ham, Michail Antonio pada aksi Liga Perdana Inggeris pagi ini. FOTO AFP
AFP

MANCHESTER City melakar kemenangan 2-0 mengatasi West Ham awal pagi ini, ketika skuad kendalian Pep Guardiola kembali beraksi buat pertama kali selepas kelab berkenaan dikenakan hukuman penggantungan dua tahun daripada saingan Eropah.

Jaringan Rodri dan Kevin De Bruyne mengangkat semangat City ketika mereka mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penggantungan daripada Liga Juara-Juara dan Liga Europa kerana dakwaan peraturan kewangan bersih menimbulkan kemarahan penyokong City yang sejak dulu percaya UEFA ada agenda terhadap kelab dimiliki Abu Dhabi itu.

Bagaimanapun kehadiran di Stadium Etihad ketika menantikan kehadiran skuad bergelut David Moyes mengecewakan apabila hampir 10,000 tempat duduk kosong menyambut pemain sebelum sepak mula.

Suasana hambar bagaimanapun tidak berpanjangan apabila Rodri menanduk masuk gol City pada minit ke-29 ketika City mengekalkan dominasi mereka berdepan pelawat.

Jaringan babak kedua oleh De Bruyne sekurang-kurangnya memastikan City kembali dari rehat musim sejuk dan kontroversi lima hari dengan mata penuh.

Bagaimanapun pasti akan ada suasana berbeza apabila City akan bermain di Etihad selepas ini bagi saingan Liga Juara-Juara ketika menanti kunjungan Real Madrid pada 10 Mac bagi saingan kelompok 16 terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 10:10 AM
Digital NSTP Subscribe