JONG Hyun (dua kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan pasukan ketika menentang TNB dalam separuh akhir lelaki Piala TNB di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. FOTO NSTP/OWEE AH CHUN.
JONG Hyun (dua kiri) meraikan jaringan gol bersama rakan pasukan ketika menentang TNB dalam separuh akhir lelaki Piala TNB di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. FOTO NSTP/OWEE AH CHUN.
Saiful Affendy Sapran


PAKAR pukulan sudut penalti Pasukan Hoki Terengganu (THT), Jang Jong-hyun mahu memastikan dia serta rakan sepasukannya tidak dikecewakan sekali lagi oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada aksi final Piala TNB, esok.

Jelas Jong-hyun, apa sahaja boleh berlaku pada aksi final dan kejayaan UniKL menewaskan THT sebanyak dua kali pada saingan liga tidak memberikan sebarang kelebihan.

“Suasana pada perlawanan final biasanya berbeza. Benar kami tewas dua perlawanan di saingan liga kepada UniKL tetapi saya percaya kami akan bangkit semula di final nanti,” katanya.

Selain misi untuk mempertahankan Piala TNB, Jong-hyun juga mahu mengekalkan status selaku penjaring terbanyak liga.

Setakat ini, pemain Korea Selatan itu sudah menjaringkan 23 gol. Tahun lalu Jong-hyun muncul penjaring terbanyak dengan 22 gol.

“Setiap kali beraksi di Malaysia, saya akan tetapkan sasaran untuk muncul penjaring terbanyak.

“Saya adalah pakar pukulan sudut penalti dan tugas sama juga akan saya lakukan pada aksi final nanti iaitu untuk menjaringkan gol,” katanya.

Aksi final membabitkan THT dan UniKL akan berlangsung esok di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 1:23 AM
Digital NSTP Subscribe