Eriksen (kiri) mengawal bola sambil dihalang pemain lawan. FOTO Reuters
Eriksen (kiri) mengawal bola sambil dihalang pemain lawan. FOTO Reuters
Reuters

PERANCANG tengah Inter Milan, Christian Eriksen meledak gol pertama buat kelabnya sejak berpindah bulan lalu dari Tottenham Hotspur ketika membantu kemenangan 2-0 di Ludogorets Razgrad pada pusingan pertama kelompok 32 terakhir Liga Europa, pagi ini.

Getafe melakukan kejutan apabila menang 2-0 di laman sendiri mengatasi pasukan yang mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu, Ajax Amsterdam.

Sementara, penyerang Wolverhampton Wanderers, Diogo Jota menjaringkan hatrik kali kedua berturut-turut ketika memimpin kelabnya mencatat kemenangan 4-0 ke atas Espanyol.

Inter kecewa lebih sejam berdepan lawan dari Bulgaria itu sehingga perancang Denmark, Eriksen melakukan rembatan rendah ke gawang dari luar kotak penalti pada minit ke-71.

Pemain Inter Milan milik bekalan selesa pada aksi pertama berdepan Ludogorets. FOTO AFP
Pemain Inter Milan milik bekalan selesa pada aksi pertama berdepan Ludogorets. FOTO AFP

“Saya fikir dia boleh melakukan lebih baik berbanding apa yang kita lihat hari ini,” kata jurulatih Inter, Antonio Conte.

“Saya gembira kerana gol sentiasa memberikan keyakinan, tetapi dia perlu mencari rentak dan kesungguhan yang menjadikan dia cemerlang sejak bertahun lalu.”

Pemain simpanan, Romelu Lukaku mengesahkan kemenangan Inter hasil penalti pada minit akhir perlawanan.

Jaringan ke-22 penyerang Belgium itu musim ini apabila Anicet Andrianantenaina didapati memegang bola menerusi tayangan VAR.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 8:21 AM