Perlumbaan Thailand MotoGP diteruskan mengikut jadual. FOTO File Agensi
Perlumbaan Thailand MotoGP diteruskan mengikut jadual. FOTO File Agensi
AFP

PERLUMBAAN MotoGP Thailand akan dilangsungkan pada Mac ini mengikut jadual selepas kerajaan negara itu memutuskan tidak terbabit risiko besar wabak koronarvirus baharu menurut jurucakap penganjur perlumbaan itu hari ini.

“Dengan penularan wabak koronarvirus yang menjejaskan beberapa lokasi dan acara di seluruh dunia, keputusan itu memerlukan perhatian rasmi ketika situasi di Thailand sentiasa dalam pemantauan.” menurut penganjur dalam satu kenyataan mengenai perlumbaan yang berlangsung di Buriram pada 22 Mac ini.

Mereka menambah pihak kerajaan Thai memutuskan “bahawa tiada risiko utama, dengan pesakit yang terjejas berada dalam kawalan dan ditempatkan di bawah pengawasan lokasi khusus - berikutan keputusan yang dicatatkan pesakit yang terjebak semakin menunjukkan pengurangan di serata dunia.

Lebih 2,100 orang maut kesan daripada virus itu, kebanyakannya dari China sehingga menjejaskan beberapa kejohanan sukan utama yang terpaksa dibatalkan atau ditunda sejak beberapa minggu lalu.

Ia termasuk Formula Satu Grand Prix China, yang dijadualkan berlangsung di Shanghai pada 19 April, sementara Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan di Nanjing pula di tunda pada 2021.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 9:30 AM