Pengurus Everton, Carlo Ancelotti (kanan). FOTO File Reuters
Pengurus Everton, Carlo Ancelotti (kanan). FOTO File Reuters
AFP

CARLO Ancelotti berkata Everton sudah bersedia berdepan ujian besar di bawah kendaliannya ketika pasukannya mengintai peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara itu apabila berdepan Arsenal awal pagi Isnin dalam permulaan saingan sukar musim ini.

Skuad kendalian Ancelotti sudah mengumpul 17 mata daripada lapan perlawanan Liga Perdana ketika dia mengambil alih.

Catatan yang hanya diatasi pendahulu Liga Perdana, Liverpool (24) dalam tempoh sama – dan pasukan itu naik dari kedudukan ke-15 ke sembilan sejak jurulatih Itali itu tiba pada Disember.

Ada lebih banyak lagi ujian menanti skuad Toffees selepas kunjungan ke utara London, dengan mereka akan menanti Manchester United dan Liverpool.

Selain tentangan pasukan tangga keempat, Chelsea yang akan menunjukkan keupayaan sebenar mereka jika ingin ke Eropah.

“Sudah tentu kami perlu fokus kepada Arsenal, tapi jika kami mahu memikirkan mengenai Eropah, ada perlawanan penting selepas Arsenal,” kata Ancelotti.

“Kami perlu menentang United, Chelsea dan Liverpool. Selepas empat perlawanan ini, kami akan lihat apa yang akan berlaku untuk ke Eropah.”

Kehadiran Everton di Stadium Emirates dengan harapan untuk mengurangkan jurang lima mata dengan Chelsea ketika mereka cuba layak ke Liga Juara-Juara.

Penggantungan dua tahun Manchester City di Eropah membuka pintu untuk pasukan menamatkan saingan di tangga kelima untuk layak ke kejohanan tahun depan, sambil menanti rayuan City kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Februari 2020 @ 12:57 PM
Kabinet Malaysia 2020